Tuesday, May 6, 2008

My Family

Ni la family aku...gambar ni diambil pada November 2006, masa kak long aku kawin. Aku dalam exam week mase tu, terpaksa balik 1 hari je. Penat jangan citer. Tapi best. Dari kiri, aku, mak, abang ipar, kak long, ayah dan adik bongsu. Tu jela family aku setakat ni. Pasni bertambah lagi.

Friday, May 2, 2008

Cara-cara melahirkan seorang kartunis

Menurut teori berdasarkan pengalaman aku sendiri, seorang kartunis boleh dilahirkan menerusi beberapa langkah berikut...( Teknik ini adalah usaha seorang dewasa untuk menjadikan seseorang kanak-kanak yang tak reti melukis kepada seorang yang terer melukis kartun bila kanak-kanak ni besar panjang)

1) Kenal pasti seorang kanak-kanak dalam usia 2-4 tahun...tak kira la anak anda atau sapa2 aje yang anda nak dia pandai lukis kartun...

2) Bagi budak tu sebatang pen/ pensel...sepaket paper A4...suruh dia conteng ape2 pun atas kertas tu. Anda dinasihatkan untuk tidak kedekut membelanjakan sedikit wang membeli kertas.

3) Galakkan budak tu habiskan kertas tu...lepas tu, tambah lagi bekalan kertas...kalau budak tu makin rajin menconteng, lagi bagus...dengan adanya kertas, budak tu takkan conteng dinding punye...

4) Pada peringkat ni, anda jangan risau kalau budak tu tak pandai lukis langsung. Peringkat permulaan ni bertujuan untuk melancarkan kemahiran tangan budak tu untuk sketch/ melakar. Jika budak ni dah pandai melukis bulatan, kotak atau ape2 garisan tanpa tersekat-sekat atau terkoyak kertas, maknanya skil melakar dah terbentuk dengan jayanya. Semakin awal skil ni terbentuk, lagi bagus.

5) Anda boleh la menentukan jenis apa kartunis yang anda nak bentuk. Kalau nak bentuk kartun tradisional sikit, belikan buku Ujang/ Gila-gila....kalau nak suruh jadi kartunis moden dan bercirikan komik, maka boleh dibelikan komik jepun...Bagi budak tu baca majalah ni ( pastikan budak ni buat kerja sekolah dan kewajipan yang lebih penting dulu). Jika budak ni menggemari majalah sebegini, tu tanda positif la.

6) Pada peringkat sekolah rendah, ciri-ciri kartunis boleh dikesan sekiranya budak ni asyik melukis watak kartun yang disukainya dalam majalah kartun. Biasanya takde la cantik pun. Tak apa. Teruskan galakan melukis je. Ini disebabkan budak ni dalam proses untuk memantapkan kemahiran melakar. Paling bagus, budak ni tak suka meniru sebijik-sebijik rupa watak tu tapi dipelbagaikan rupa kartun menjadi macam-macam rupa. Ini merupakan salah satu ciri yang diperlukan setiap kartunis, iaitu KREATIVITI...........dengan adanya kreativiti, maka sesebuah kartun yang dihasilkan adalah original dan melambangkan diri sebenar kartunis. Bukannya meniru stail pelukis lain.

7) Kreativiti mesti digabungkan dengan skil melakar kartun. Dengan adanya dua sifat ini pada seseorang budak, maka harapan masa depan untuk menjadi kartunis adalah cerah kerana budak ni tak perlu bergantung pada orang lain untuk berkarya.

8) Skil melukis kartun akan berkembang pesat di zaman sekolah menengah. Ini disebabkan berlakunya perkembangan yang drastik dari segi emosi, fizikal, pemikiran dan juga sudah tentulah peningkatan kemahiran melukis tu sendiri. Budak ni tak perlu bergantung kepada majalah kartun semata-mata untuk dijadikan sumber inspirasi. Tetapi, persekitaran sekeliling yang akan membentuknya. Jika persekitarannya dikelilingi lawak kawan-kawan, maka budak ni maybe cenderung melukis kartun lawak. Begitu juga sebaliknya. Panduan anda diperlukan masa ini. Bagaimana anda dapat membantu? Begini...sama seperti sebelumnya, anda cuma perhatikan kecenderungan budak ni, bidang apa dia suka lukis? Contohnya...jika dia suka lukis kartun lawak, maka dedahkan dia dengan lawak...jika suka lukis bangunan, dedahkan dia dengan bidang arkitek...jika suka lukis design kereta, perkenalkan dia dengan designer kereta sendiri...takpun, belikan je majalah kereta..senang je,kan...

9) Unsur paksaan tidak diperlukan. Hanya galakan dan sokongan memainkan peranan penting untuk menjadikan budak ini berterusan melukis. Pengiktirafan hasil karya budak ni dari orang tersayang adalah penting bagi mengekalkan motivasi melukis.

10) Yang paling penting, pendidikan wajib diterapkan diberi secukupnya ( lebih pun takpe...lagi bagus). Untuk menjamin hidup masa depan la katakan. Tidak boleh bergantung sepenuhnya pada skil melukis kartunis untuk cari makan. Kemahiran melukis kartun boleh juga dianggap kerjaya sampingan. Hobi tetap hobi. Budak ni, walaupun maybe bekerja bukan sebagai kartunis tetapi skil melukisnya boleh diaplikasikan pada tempat yang betul. Contohnya, kalau dalam dunia bisnes, unsur kartun sedikit sebanyak membantu bahagian promosi dan penjenamaan, di mana lukisan kartun boleh diletakkan pada iklan mahupun pamplet. Ini akan menarik perhatian bakal pembeli untuk meninjau produk apa yang ditawarkan. Dalam pendidikan begitu juga. Kadang-kadang time tengahari, student biasanya mengantuk dan tak fokus dah pada pelajaran. Kalau cikgu pandai buat lawak, takpe la jugak. Kalau cikgu bukan spesis kaki lawak, camne? Pakai jela skil kartun anda kat papan hitam. Gerenti student yang mata kuyu boleh terbeliak, student yang lelap boleh bangun balik. Kartun, kan...majoriti orang suka........betul tak??


11) Kesimpulannya...kemahiran melukis kartun amat mengambil masa... jika budak ni rajin, kreatif dan sentiasa bersikap ingin memperbaiki diri sendiri, dijamin dia akan menjadi kartunis yang disegani dan amat terer, walaupun kerjaya sebenarnya bukanlah kartunis. Tapi tetap digelar kartunis kerana apa??....DUNIANYA ADALAH KARTUN...

P/S : Ini adalah perancangan yang tidak semestinya menjadi untuk setiap manusia. Ini adalah ikhtiar saja. Sape2 nak try, boleh je. Kartunis lain maybe dibentuk dengan cara lain. Masing-masing ade stail sendiri. Yang penting, hasil artwork cantik dan dapat kepuasan diri sendiri.

My Artwork Collection





Material yang digunakan :

1) Marker pen 2mm
2) A4 paper

Artwork 'underground' yang lain akan diupdate secara berperingkat. Aku memerlukan komen membina anda semua untuk membantu aku berkarya. Nak kasi idea pun boleh.

More about myself


Hello guys...kali ni terjumpa pulak gambar nih...buat sementara, ni la gambar aku...ingat...kalo terjumpa mamat ni kat mana-mana, tegur jela...dijamin mesra alam...

Nama pena Durian...kalau ade orang dah ade copyright pasal "Durian" ni, aku mintak maaf banyak2 la...panggil je NIZAMDURIAN...panjang sikit je...kalau confirm tak ade copyright "Durian", aku nak amik nama pena nih...ade bantahan?? Aku terbuka pasal bantahan...bagitau ya..

Nama penuh : Ahmad Nizam bin Abdullah

Usia : 22

Status : Available

Hometown : Kemaman, Terengganu, Malaysia

Email : nijes_86@yahoo.com ( Yahoo Messenger pun boleh )

Pengenalan sikit je...

hai anda semua...bagi yang pertama kali melihat blog aku ni, untuk orang Islam...Assalamualaikum...dan bagi non-muslim, Selamat Sejahtera...aku takde pengalaman banyak pasal blog2 nih...sekadar meluahkan perkara yang aku tak sebut kat mulut je...so hopefully anda sume buleh ambik yang mana berfaedah untuk dijadikan panduan...yang merapu tu sukati la nak campak ke mana...yang penting, jujur dalam mem'blog' nih...ak takde idea la sangat skang...tengah blur...nanti aku taruk yang best2...aku try jela...